Kebebasan bekerja untuk pelarian daripada Filipina di Malaysia

Kebebasan bekerja untuk pelarian daripada negara Filipina adalah satu isu yang semakin dititikberatkan pada abad ke-21 ini terutamanya di Asia Tenggara. Tidak dinafikan bahawa negara Filipina adalah salah satu negara yang memberi sumbangan besar dalam pekerja berkemahiran rendah dan separa tinggi kepada semua negara di dunia merekodkan sebanyak 8.1 juta warganegara Filipina bertetap dan bekerja di 200 negara seluruh dunia[1]. Negara jiran di Asia seperti Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura adalah antara negara-negara yang menggalakkan penerimaan tenaga pekerja warganegara Filipina. Mereka juga menyediakan infrastruktur dan peluang-peluang pekerjaan yang pelbagai untuk membolehkan mereka hidup dan menyara diri di negara-negara tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat banyak berita terkini telah melaporkan bahawa sejumlah warganegara Filipina datang ke negara-negara ini tanpa permit kerja yang sah dan bekerja secara haram terutamanya di negara-negara bahagian Asia Tenggara seperti Malaysia.